SELAMAT DATANG KE DUSUN AGRO

Ketibaan Kambing Boer & Kalahari

>> Selasa, 30 Disember 2008






















Salam...?
Lama x update blog, maklumlah ada bzy ckit coz kambing2 yg dijadualkan tiba pada 24 DEC telah selamat sampi pada tarikh yg dijadualkan, cuma dari segi masa ada sedikit kelewatan dari pihak mas kargo heehehehee. Firstly jutaan terima kasih kepada semua pembeli En Rahim, En Norizan, Pokcik Gemenceh,Brother Langat,Sham Melaka, En Mat Nor Kalahari dan sesapa saje yg kami terlupa yg terlibat secara langsung or tak langsung I LUV U ALLLL
Allhamdullilah nampak nya shipment kali ni semua pembeli berpuas hati dgn spac-spac kambing yg telah kami select sendiri dari ostolia. Kepada yg oder last minutes maaf kan kitorg leer coz try gak adjust but crate yg dua-dua tu udah over load. InsyAllah utk next shipment FEB 2009 kitorg akan select kan lagi by oder, apa lagi call ler for oder heehehehee lawak jer..
Cerita ckit pasal shipment ari tu, semua kambing yg sampai ditemani tuannya sendiri Laurrie and Rosmery, happy jer tgok diorg coz kambing2 yg sampi pun dlm keadaan yg memuaskan. Semua kambing tersebut kami loadkan ke dalam 3 buah lori dan terus kami hidangkan dgn rumput di atas lori jugak bagi memastikan keadaan kambing supaya stabil, maklumlah nak travel lagi lps tu.
Sebuah lori special kite hantar ke Kota Baharu di kandang DNR Agro-Biz kepunyaan En Rahim di Lot 1530 Kg Teluk Kemunting Bachok. Oleh demikian utk org pantai timur jemput datang melawat ke kandang tersebut sebagai transit kite disana disana.....
Manakala 2 lori lagi kite hantar ke Seremban dan jugak Melaka. Allhamdullilah slps dua ari loading kami cuba dapat kan feedback dari semua rakan ternak, semua kambing masih berada dalam keadaan stabil dan kami doa kan semoga semua kambing tersebut cepat-cepat lah bunting dan beranak banyak-banyak.
Selebih nya kami simpan dikandang kami DUSUNAGRO di Pagoh dan jugak PBRAMUNIA batu pahat. Yg comel molek semua abis di pilih, customer always right nak wat mcm ner heheheee. Yang tinggal di kandang pagoh utk tatapan seekor big buck snake golden babarian 2 thn mmg tak jual utk buat breeding, klu ada yg minat kena hargenya kwn jual jugak hahahaaa. sekor young buck 6-7 bln grandsoon snake utk pandang2 dan 1 Fullblood does dan juga 7 ekor f5/f6 utk breeding sendiri dan tatapan rakan-rakan ternak yg datang melawat. Manakala di kandang batu pahat kami utk tatapan sekor young buck red kalahari, sekor grandsoon fair fax and snake, sekor Fullblood dan f5/f6 does. Jemput sekalian rakan ternak melawat kandang kami yg tak seberapa. Selebihnya Allhamdullilah telah terjual dan jutaan terima kasih sekali lagi dari kami DUSUNAGRO & PBRAMUNIA kepada semua pembeli.
Untuk makluman, semua gambar-gambar tersebut adalah ehsan daripada En Rahim Kota Baharu, Klu x ada beliau tak sempat ler kitorg nak pegang hand phone amik gambor.
Thankssss Bro

Read more...
Boer Goat, importer,breeder, naturally breed,livestock

Footer

Penafian : Segala maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini adalah berdasarkan kepada pengumpulan maklumat dan pandangan kami. Oleh itu , pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa juga kehilangan ataupun kesan sampingan yang berlaku terhadap mana-mana individu ataupun organisasi lain kesan ke atas penggunaan maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini. Terima Kasih
Salam Hormat dari Dusun Agro


  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP