Salam kekawan penternak
Saya kategorikan penternak kambing kepada 2, iaitu:
1. Penternak sambilan
2. Penternak komersil
Penternak Sambilan
Sekiranyaanda hanya bercadang untuk membela antara 20-30 ekor kambing sahaja,anda dikira penternak sambilan. Penternakan sambilan hanya berbaloi('viable') sekiranya anda tinggal di kampung dan mempunyai tanah sendiri untuk binaan kandang, yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Anda juga harus memastikan yang anda boleh mendapatkan sumber makanan kambing di persekitaran kandang anda dengan percuma dan mampu menguruskan dengan sendiri atau bantuan saudara/kawan-kawan tanpa perlu membayar upah yang tetap (iaitu tiada sebarang komitmen 'overhead').Kewujudan padang ragut di persekitaran kandang anda akan dapat membantu menjimatkan masa dan tenaga anda mendapatkan bekalan makanan (rumput,daun-daun dll). Di samping itu, ternakan anda dapat memakan pelbagaijenis tumbuhan yang berlainan.
Terdapat banyak sumber makanan kambing di kampung yang sememangnya tumbuh secara semulajadi atau meliar seperti rumput ragut, pokok petai belalang dan pokok balik angin. Sekiranya anda tinggal di kawasan ladang sawit, maka anda bertuah kerana daun sawit sangat disukai oleh kambing dan mempunyai banyak khasiat yang tinggi.
Pokok petai belalang yang biasa tumbuh secara liar mempunyai khasiat tinggi dan menjadi makanan kegemaran kambing
Pokok balik angin juga biasanya tumbuh meliar, daunnya juga berkhasiat dan digemari oleh kambing
Bagi penternak sambilan, adalah dinasihatkan supaya membela baka kambingyang bermutu tinggi seperti Boer gred F4 ke atas dan menggunakan pejantan tulen (Fullblood). Baka berkualiti tinggi dapat memberi hasil pulangan yang baik kerana anak-anak dapat dijual dengan harga yang tinggi. Sebagai contoh, anak kambing Boer tulen berusia 3-4 bulan dapat dijual denganharga antara RM500 - RM600 seekor, manakala anak kacukan bergred rendah mungkin hanya bernlai sekitar RM200 seekor. Sekiranya anda tidak mempunyai kuantiti, and harus mempunyai kualiti, barulah projek penternakan anda menjadi berbaloi.
Penternak komersil
Sekiranyaanda bercadang untuk memulakan penternakan kambing secara komersil,anda semestinya memerlukan tanah yang luas. Ingat! Projek penternakan kambing anda akan hanya 'viable' sekiranya anda berjaya mengurangkankos pemakanan. Rumput merupakan makanan utama kambing, dan anda harus mempunyai sumber rumput Napier di kawasan berdekatan yang mencukupi.Ingat!!!! Kurangkan kebergantungan kepada palet sebagai sumber makanan kambing anda kerana kosnya yang tinggi, dan harganya pula semakin hari semakin melambung.
Langkah terawal yang perlu dilakukan, sebelum membina kandang dan membeli baka kambing, adalah menanam rumput Napier Taiwan. Sekiranya tanah sesuai, dengan baja dan tahap kelembapan secukupnya, benih yang baru ditanam akan mengambil masa antara 2-3 bulan untuk tumbuh dan membesar secukupnya sebelum boleh dipotong. Pembajaan dan pengairan adalah sangat mustahak bagi membolehkan rumput tumbuh dengan subur dan membesar dengan pantas. Selain itu, anda perlu memastikan padang ragut ditumbuhi pelbagai jenis rumputdan tumbuhan yang sesuai seperti rumput 'guinea', dsb.
Rumput Napier Taiwan yang benihnya dijual dengan harga RM 300- 350 setan
Cara menanam benih rumput Napier
Benih rumput Napier Taiwan diambil dari batang rumput yang telah matang,berusia melebihi 4 bulan di mana batangnya sudah keras. Batang ini dipotong sepanjang kira-kira 6 inci setiap satu, dan direndam di dalamair sehingga akarnya mula tumbuh. Setelah itu batang yang telah berakartadi ditanam secara mendatar di dalam tanah. Pastikan tanah sentiasa lembab di awal proses pertumbuhan, dan dibajakan secukupnya.
Teknik menanam benih rumput Napier Taiwan
AWAS!!!Terdapat pelbagai spesis rumput Napier di negara kita yang kelihatan hampir serupa. Sebahagiannya tumbuh secara liar di tepi sungai dan ditepi jalanan. Spesis Napier Taiwan merupakan yang terbaik bagi ternakan ruminan kerana kandungan protin yang tinggi. Di samping itu batangnya lembut dan tidak berbulu/bersisik, memudahkan kambing memakannya tanpa mengakibatkan penyakit mulut seperti puru.
Selamat menternak kambing
Read more...