SELAMAT DATANG KE DUSUN AGRO

Young Buck Snake & Fairfax Bloodline

>> Selasa, 20 Januari 2009

Kekawan penternak ingin kami war-warkan shipment Feb. 2009 sekali lagi kami akan membawa young buck snake & fairfax bloodline. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan sebelom terlambat, sebab limited ada tapi tak banyak,harga kita boleh cerita nak mintak less atau what ever.Seperti biasa harga di KLIA adalah bebeza dari harga di kandang Lenga dan Batu Pahat.

Pertanyaan atau tempahan sila hubungi Sukor 013 3883636 or e-mail us at
dusunagro@gmail.com
pbramunia7@gmail.com

Read more...

STATUS KAMBING YANG DIKASI/DIKEMBIRI

>> Sabtu, 17 Januari 2009

Memandangkan seringkali isu kambing dikasi/dikembiri untuk tujuan ibadah AQIQAH dan KORBAN sering menjadi isu dan pertanyaan tentang statusnya ... maka saya ingin paparkan surat pengesahan dari MUFTI NEGERI JOHOR sepertimana paparan dibawah untuk tatapan penternak dan pengguna sekalian ... Dengan ini juga pengguna mempunyai lebih banyak pilihan sama ada memilih kambing atau biri-biri bagi tujuan ibadah Aqiqah dan juga Korban ... diharap anda juga dapat beribadah disamping mendapat pilihan daging kambing yang lebih baik, barulah para jemputan berselara makan daaaaa




Read more...

>> Khamis, 15 Januari 2009

Salam semua...?
InsyAllah next week 18hb january ni sekali lagi partner saya sdr. AZIZAN http://pbramunia.blogspot.com/ akan berada di Queensland Australia, untuk tujuan memilih baka-baka terbaik Kambing Boer, Kalahari dan Saanen untuk di bawa pulang ke Malaysia yg dijangka untuk Shipment akhir Feb 2009. Manakala saya akan menyusul pada awal Febuary bagi memastikan beliau bekerja di sana bukan mengular mkn angin heheeheehee releks bro lawak jer... HIDUP BRO

So pada sesiapa yang berminat boleh lah membuat tempahan bermula dari hari ini, dan seterus nya jangan ketinggalan.Harga kambing-kambing tersebut boleh dibawa berbincang coz kitorg memang senang citer. Anyway the more numbers ordered the more cost effective it becomes. And CIF KLIA price is more less then EX KLIA

Read more...

Kambing Untuk Di Jual Feb. 2009

>> Jumaat, 9 Januari 2009




HARGA KAMBING 2009 - HARGA BOLEH DI RUNDING

PeJantan Boer Registered FullBlood RM 2,500 – RM 2,700

PeJantan UnRegistered FullBlood RM 1,800

Induk Betina Registered FullBlood RM 1,950

Induk Betina Purebreed (F5/F6) RM 1,030 – RM 1,050


Induk Betina F3/F4 - RM 900


Induk Betina F1/F2 RM 730 – RM 750

Wether Boer RM 450 - RM 460

Feral RM 440- RM 460

Biri-biri RM 460 - RM 480

PeJantan Red Kalahari Registered RM 2,800 – RM 3,000

Fullblood Does Red Kalahari Reg RM 2,100 – RM 2,200

Saanen FB Buck Reg RM 2,800 - RM 3,0000

Saanen FB Doe Reg RM 2,500- RM 2,700



Read more...

Kandang Transit

>> Rabu, 7 Januari 2009














Dusun Agro mengucapkan terima Kasih kepada Abang Rahim kerana sudi memberikan kerja sama untuk memberikan ruang kepada Dusun Agro untuk meletakan kambing kami di kandangnya bagi tujuan sebagai show room dan transit.
DNR Agro-biz (http://dnr-agrobiz.blogspot.com/) adalah milik Abang Rahim .
Kandang tersebut terletak di Lot 1530, Kg. Teluk Kemunting, Bachok, Kelantan. Fram Manager yang menguruskan Ladang tersebut adalah adik beliau ia itu Encik Shamsudian.
So bagi penternak-penternak kambing di kawasan Pantai Timor yang berminat untuk membeli kambing Boer, Saanen dan juga Kalahari bolehlah melihat contoh contoh kambing yang di import khas dari Queensland Australia di Kandang tersebut atau berhubung terus dengan Encik Samsuddin di talian 013-9728608 atau Sukor 013-3883635. Tempahan baka-baka kambing dari Australia boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja.

Read more...

Ketibaan Kambing Boer & Kalahari

>> Selasa, 30 Disember 2008






















Salam...?
Lama x update blog, maklumlah ada bzy ckit coz kambing2 yg dijadualkan tiba pada 24 DEC telah selamat sampi pada tarikh yg dijadualkan, cuma dari segi masa ada sedikit kelewatan dari pihak mas kargo heehehehee. Firstly jutaan terima kasih kepada semua pembeli En Rahim, En Norizan, Pokcik Gemenceh,Brother Langat,Sham Melaka, En Mat Nor Kalahari dan sesapa saje yg kami terlupa yg terlibat secara langsung or tak langsung I LUV U ALLLL
Allhamdullilah nampak nya shipment kali ni semua pembeli berpuas hati dgn spac-spac kambing yg telah kami select sendiri dari ostolia. Kepada yg oder last minutes maaf kan kitorg leer coz try gak adjust but crate yg dua-dua tu udah over load. InsyAllah utk next shipment FEB 2009 kitorg akan select kan lagi by oder, apa lagi call ler for oder heehehehee lawak jer..
Cerita ckit pasal shipment ari tu, semua kambing yg sampai ditemani tuannya sendiri Laurrie and Rosmery, happy jer tgok diorg coz kambing2 yg sampi pun dlm keadaan yg memuaskan. Semua kambing tersebut kami loadkan ke dalam 3 buah lori dan terus kami hidangkan dgn rumput di atas lori jugak bagi memastikan keadaan kambing supaya stabil, maklumlah nak travel lagi lps tu.
Sebuah lori special kite hantar ke Kota Baharu di kandang DNR Agro-Biz kepunyaan En Rahim di Lot 1530 Kg Teluk Kemunting Bachok. Oleh demikian utk org pantai timur jemput datang melawat ke kandang tersebut sebagai transit kite disana disana.....
Manakala 2 lori lagi kite hantar ke Seremban dan jugak Melaka. Allhamdullilah slps dua ari loading kami cuba dapat kan feedback dari semua rakan ternak, semua kambing masih berada dalam keadaan stabil dan kami doa kan semoga semua kambing tersebut cepat-cepat lah bunting dan beranak banyak-banyak.
Selebih nya kami simpan dikandang kami DUSUNAGRO di Pagoh dan jugak PBRAMUNIA batu pahat. Yg comel molek semua abis di pilih, customer always right nak wat mcm ner heheheee. Yang tinggal di kandang pagoh utk tatapan seekor big buck snake golden babarian 2 thn mmg tak jual utk buat breeding, klu ada yg minat kena hargenya kwn jual jugak hahahaaa. sekor young buck 6-7 bln grandsoon snake utk pandang2 dan 1 Fullblood does dan juga 7 ekor f5/f6 utk breeding sendiri dan tatapan rakan-rakan ternak yg datang melawat. Manakala di kandang batu pahat kami utk tatapan sekor young buck red kalahari, sekor grandsoon fair fax and snake, sekor Fullblood dan f5/f6 does. Jemput sekalian rakan ternak melawat kandang kami yg tak seberapa. Selebihnya Allhamdullilah telah terjual dan jutaan terima kasih sekali lagi dari kami DUSUNAGRO & PBRAMUNIA kepada semua pembeli.
Untuk makluman, semua gambar-gambar tersebut adalah ehsan daripada En Rahim Kota Baharu, Klu x ada beliau tak sempat ler kitorg nak pegang hand phone amik gambor.
Thankssss Bro

Read more...

Salah Paham Tentang Daging Kambing- Bernama com

>> Ahad, 14 Disember 2008




14 Ogos, 2007 10:07 AM
Oleh Soraya Jamal
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama)
-- Bagi mereka yang bijak dan teliti menilai makanan, tentu memeranjatkan apabila ada di antara mereka mempunyai tanggapan yang salah apabila bercakap tentang daging kambing yang selalu disebut "mutton" di dalam bahasa Inggeris.Bertentangan dengan apa yang difahami selama ini, "mutton" sebenarnya bukanlah daging kambing sebaliknya adalah daging kambing biri-biri yang sudah tua.Di negara-negara Barat, daging kambing sering disebut sebagai "Chevon". Manakala daging kambing muda, disebut sebagai "cabrito" atau "capretto".Masih ramai yang tidak menyedari bahawa 63 peratus daripada daging merah yang dimakan setiap hari di seluruh dunia adalah daging kambing dengan Australia sebagai pembekal terbesar daging kambing yang berkualiti.Di Malaysia, permintaan terhadap daging kambing tidak begitu tinggi. Ini disebabkan oleh dua faktor.Pertama, pengguna tidak tahu di mana hendak membeli daging kambing. Kebanyakan pasar raya hanya menjual daging biri-biri tua dan daging biri-biri.Faktor kedua pula, salah tanggapan bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, oleh itu tidak sihat untuk jantung manusia.SALAH TANGGAPANSalah tanggapan ini menyebabkan orang Malaysia mengelak makan daging kambing, yang khasiatnya bertentangan dengan daging biri-biri tua.Persatuan Jantung Amerika menyarankan daging kambing untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.Menurut Pengarah Urusan Majestic Boer Farm Sdn Bhd, Yeow Joo Kwang, salah tanggapan yang biasa terhadap daging kambing ialah daging tersebut dianggap sebagai 'mutton', yang mengandungi kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, berbau hamis dan hanya sesuai dimasak dengan kari.Tidak seperti daging biri-biri atau biri-biri tua, daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu yang jauh lebih rendah dan hidangannya juga boleh dipelbagaikan berbanding daging lembu dan daging biri-biri.Struktur molekul daging kambing adalah berbeza dan hasilnya daging kambing lebih mudah dihadam. Amat sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan.Jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit.Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing tanpa sebarang hormon, bahan kimia dan pencemaran bakteria.RASA LEBIH BAIKSecara keseluruhannya tidak ada daging kambing yang dapat menandingi kambing Boer dari Afrika Selatan dari segi rasa dan kelazatannya. Inilah sebabnya daging tersebut mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara seperti Australia dan Amerika Syarikat.Kambing Boer juga memiliki tulang yang lebih tebal berbanding kambing jenis lain. Disebabkan ototnya yang sekali ganda lebih banyak, kambing Boer memiliki daging yang lebih banyak berbanding kumpulan kambing yang lain.Daging kambing yang baik kualitinya dapat dihasilkan berdasarkan kepada pelbagai faktor. Bermula dengan kualiti penternakannya.Usia untuk disembelih adalah faktor utama yang menjamin keseluruhan rasa serta nilai nutrisi daging tersebut. Daging kambing dari Lembah Boer disembelih apabila mencapai usia 8-12 bulan.Pada usia ini, dagingnya mengandungi nutrisi yang tinggi, lebih rendah lemak tepu dan kolesterolnya. Dagingnya juga lebih lembut dan basah.Faktor lain pula ialah kandungan lemak. Apabila kandungan lemaknya rendah, daging tersebut tidak berbau kuat seperti yang sering terdapat pada daging kambing atau biri-biri yang lain.Makanan kambing dari Lembah Boer adalah 100 peratus organik -- iaitu rumput Napier yang tumbuh di ladang seluas 20 ekar milik syarikat ini di Tapah.Makanan tambahannya adalah daripada serat yang dihasilkan daripada isi buah kelapa sawit, kulit kacang soya dan jagung.Ia bertujuan memastikan haiwan ternakan tersebut mendapat sumber serat dan protein yang tinggi.Selain daripada itu, kambing-kambing ini juga memerlukan air galian yang tinggi kualitinya. Sumber ini diperoleh daripada sumber air galian semula jadi daripada air terjun Lata kinjang berdekatan Tapah.BOLEH DIPELBAGAIKANKebanyakan orang mendapati daging kambing memiliki bau yang sangat kuat. Apabila dimasak dengan kari, rempah yang digunakan dapat melindungi bau tersebut.Lebih ramai orang Melayu dan India yang makan daging kambing berbanding kaum Cina. Masyarakat Cina kurang mahir memasak menggunakan kari, tetapi dengan adanya daging kambing Boer, bau yang sinonim itu dapat diatasi.Daging kambing ini dapat menghasilkan hidangan kari India yang sangat lazat dan apabila dibakar, mengeluarkan aroma dan rasa yang sungguh enak.Yeow berkata apabila rakyat Malaysia memahami bahawa daging kambing memberikan alternatif yang lebih sihat berbanding daging lain yang selalu dimakan, permintaan ke atasnya akan meningkat.Dibandingkan dengan daging lembu dan daging babi, daging kambing lebih popular di pasar kerana ia tidak melibatkan batasan agama. Sesiapa sahaja boleh menikmatinya, kata beliau.Memandangkan masyarakat Malaysia yang gemarkan makanan yang sihat, inilah masanya restoran-restoran menyediakan resipi-resipi baru dan mempromosikan daging kambing, khususnya daging kambing boer.Dalam masakan, daging kambing boleh dipelbagaikan dengan cara masakan yang berbeza.-- BERNAMA

Read more...

Next Shipment

>> Khamis, 11 Disember 2008

Sekali lagi Dusun Agro dengan kerjasama PB Ramunia - http://pbramunia.blogspot.com/berganding bahu bercadang membawa masuk Boer dan juga Kalahari/red boer dari Queensland Australia. Shipment pada kali ini di jadualkan tiba pada akhir bulan Januari 2009 atau pun selewat-lewatnya pada minggu pertama Febuary 2009 Diantara bloodline Kalahari/red boer terbaik di Australia adalah KURRAJONG STUD ianya terletak di Queensland Australia. So sesiapa yang berminat dengan Kambing Kalahari dan Boer bolehlah membuat tempahan dari sekarang - Harga boleh di rundingkan.

Read more...

Penternakan Kambing Boer Berpotensi Besar

>> Rabu, 10 Disember 2008

Penternakan Kambing Boer Berpotensi Besar
Industri penternakan kambing dijangka berkembang pesat di Malaysia dengan pertumbuhan pada kadar 6.7% setahun untuk tempoh dari 2006 hingga 2010. Minat pengusaha menternak kambing juga semakin berkembang berikutan dasar kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan ternakan kambing ini.
Polisi Pengeluaran Kambing Kebangsaan mensasarkan pengeluaran 4.96 juta ekor dengan 1.99 juta untuk penternakan kambing menjelang 2015.
Tiga jenis kambing yang pada masa ini diternak di Malaysia ialah dari jenis baka daging, tenusu dan bulu. Kini, kambing boer semakin menjadi pillihan penternak kerana mutu dagingnya yang tinggi dan mudah untuk diternak. Kambing boer mula berada di negara ini selepas dibawa oleh Mardi pada tahun 2001 dari Afrika Selatan. Kini, banyak kambing boer yang dibawa ke negara ini diimport dari Australia.
Ciri ciri kambing boer:
Subur dan mudah membiak sepanjang tahun
Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain
Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein
Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine dan beratus ratus baka yang lain
Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca
Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh American Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung. Pada masa ini, pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan masih mempunyai ruang dan potensi yang besar untuk berkembang

Read more...

Package Kambing Boer

Dusun Agro dengan kerjasama PB Ramunia (http://pbramunia.blogspot.com/) menawarkan harga Package Kambing Boer

Package Mini 5 (RM5,000)
-1 ekor Pejantan UnRegistered Fullblood
-4 ekor Induk Betina F3/F4 (Brown Head)

Package Budget 10 (RM9,800)
-1 ekor Pejantan Registered Fullblood
-9 ekor Induk Betina F3/F4 (Brown Head)

Package Economy 20 (RM18,000)
-1 ekor Pejantan Registered Fullblood
-19 ekor Induk Betina F3/F4 (Brown Head)

Package Bergaya 11 (RM 20,200)1- ekor FB Buck Reg.10 - ekor Reg FB Does

* Untuk makluman kambing boer kami di import melalui under Breeding protocol bukanya under slauther protocol.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan ker perbualaan ker apa-apa jer lah omong kosong tentang kambing booooooer boleh berhubung terus ditalian berbayor celcom saya sekitar KELANG VALLEY dan jugak MUAR...........SUKOR MUSA 013-3883635 - Manakala sekitar selatan boleh hubungi ditalian digi bersama mu AZIZAN 016-7406141

Read more...
Boer Goat, importer,breeder, naturally breed,livestock

Footer

Penafian : Segala maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini adalah berdasarkan kepada pengumpulan maklumat dan pandangan kami. Oleh itu , pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa juga kehilangan ataupun kesan sampingan yang berlaku terhadap mana-mana individu ataupun organisasi lain kesan ke atas penggunaan maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini. Terima Kasih
Salam Hormat dari Dusun Agro


  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP