SELAMAT DATANG KE DUSUN AGRO

TIP MENGETAHUI UMUR KAMBING

>> Jumaat, 13 Februari 2009

Kenangan pahit semasa saya di Australia untuk membuat selection terakhir kambing yang akan di bawa balik ke Malaysia untuk shipment akhir Feb 2009 adalah semasa saya sakit gigi mujur lah partner saya saudara zizan ada membawa pil tahan bisa barulah saya lega dan dapat menjalankan tugasan dengan tenang.

Bercerita tentang gigi saya ada berapa tips yang saya rasa ada sebahagian dari rakan ternak yg sedia maklum akan pekara nie.
Apa-apa pun mungkin kita boleh berkongsi dengan rakan ternak yang baru atau yg. baru nak mula menceburi alam penternakan perkambingan.
Saya ni memang minat tengok gigi kambing.... hehehe

TIP MENGETAHUI UMUR KAMBING


Pada umur muda, gigi yang tumbuh adalah gigi susu, gigi susu ini kecil dan agak tajam serta tumbuh agak renggang.Pada umur semakin dewasa gigi susu akan tanggal, lalu diganti dengan gigi tetap.Pengantian gigi tetap ini lah yang menjadi panduan untuk menduga umur kambing. Pada usia yang sudah tua kehausan gigi menjadi ukuran dasar menduga umur kambing.

Untuk membantu anda menduga umur kambing, gunalah daftar dibawah:-

1. Belum ada gigi tetap - kurang dari 1 tahun
2. Ada sepasang gigi tetap - 1 - 2 tahun
3. Ada 2 pasang gigi tetap - 2 - 3 tahun
4. Ada 3 pasang gigi tetap - 3 - 4 tahun
5. Ada 4 pasang gigi tetap - 4 - 5 tahun
6. Gigi tetap haus - 5 tahun keatas

0 ulasan:

Boer Goat, importer,breeder, naturally breed,livestock

Footer

Penafian : Segala maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini adalah berdasarkan kepada pengumpulan maklumat dan pandangan kami. Oleh itu , pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa juga kehilangan ataupun kesan sampingan yang berlaku terhadap mana-mana individu ataupun organisasi lain kesan ke atas penggunaan maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini. Terima Kasih
Salam Hormat dari Dusun Agro


  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP