SELAMAT DATANG KE DUSUN AGRO

Next Shipment

>> Khamis, 11 Disember 2008

Sekali lagi Dusun Agro dengan kerjasama PB Ramunia - http://pbramunia.blogspot.com/berganding bahu bercadang membawa masuk Boer dan juga Kalahari/red boer dari Queensland Australia. Shipment pada kali ini di jadualkan tiba pada akhir bulan Januari 2009 atau pun selewat-lewatnya pada minggu pertama Febuary 2009 Diantara bloodline Kalahari/red boer terbaik di Australia adalah KURRAJONG STUD ianya terletak di Queensland Australia. So sesiapa yang berminat dengan Kambing Kalahari dan Boer bolehlah membuat tempahan dari sekarang - Harga boleh di rundingkan.

Read more...

Penternakan Kambing Boer Berpotensi Besar

>> Rabu, 10 Disember 2008

Penternakan Kambing Boer Berpotensi Besar
Industri penternakan kambing dijangka berkembang pesat di Malaysia dengan pertumbuhan pada kadar 6.7% setahun untuk tempoh dari 2006 hingga 2010. Minat pengusaha menternak kambing juga semakin berkembang berikutan dasar kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan ternakan kambing ini.
Polisi Pengeluaran Kambing Kebangsaan mensasarkan pengeluaran 4.96 juta ekor dengan 1.99 juta untuk penternakan kambing menjelang 2015.
Tiga jenis kambing yang pada masa ini diternak di Malaysia ialah dari jenis baka daging, tenusu dan bulu. Kini, kambing boer semakin menjadi pillihan penternak kerana mutu dagingnya yang tinggi dan mudah untuk diternak. Kambing boer mula berada di negara ini selepas dibawa oleh Mardi pada tahun 2001 dari Afrika Selatan. Kini, banyak kambing boer yang dibawa ke negara ini diimport dari Australia.
Ciri ciri kambing boer:
Subur dan mudah membiak sepanjang tahun
Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain
Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein
Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine dan beratus ratus baka yang lain
Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca
Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh American Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung. Pada masa ini, pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan masih mempunyai ruang dan potensi yang besar untuk berkembang

Read more...

Package Kambing Boer

Dusun Agro dengan kerjasama PB Ramunia (http://pbramunia.blogspot.com/) menawarkan harga Package Kambing Boer

Package Mini 5 (RM5,000)
-1 ekor Pejantan UnRegistered Fullblood
-4 ekor Induk Betina F3/F4 (Brown Head)

Package Budget 10 (RM9,800)
-1 ekor Pejantan Registered Fullblood
-9 ekor Induk Betina F3/F4 (Brown Head)

Package Economy 20 (RM18,000)
-1 ekor Pejantan Registered Fullblood
-19 ekor Induk Betina F3/F4 (Brown Head)

Package Bergaya 11 (RM 20,200)1- ekor FB Buck Reg.10 - ekor Reg FB Does

* Untuk makluman kambing boer kami di import melalui under Breeding protocol bukanya under slauther protocol.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan ker perbualaan ker apa-apa jer lah omong kosong tentang kambing booooooer boleh berhubung terus ditalian berbayor celcom saya sekitar KELANG VALLEY dan jugak MUAR...........SUKOR MUSA 013-3883635 - Manakala sekitar selatan boleh hubungi ditalian digi bersama mu AZIZAN 016-7406141

Read more...

Footer

Penafian : Segala maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini adalah berdasarkan kepada pengumpulan maklumat dan pandangan kami. Oleh itu , pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa juga kehilangan ataupun kesan sampingan yang berlaku terhadap mana-mana individu ataupun organisasi lain kesan ke atas penggunaan maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini. Terima Kasih
Salam Hormat dari Dusun Agro


  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP