SELAMAT DATANG KE DUSUN AGRO

Update... 2012

>> Sabtu, 7 Julai 2012

As Salam to all rakan-rakan ternak sekalian..? Macam biasa agak lama tak update blog ni coz memang agak sibuk Dan buat-buat sibuk sikit. Buat pengetahuan semua DUSUNAGRO masih aktif membawa masuk baka-baka kambing dari Australia. Focus utama kami lebih tertumpu membawa masuk kambing/bebiri stock baka (breeding) berbanding kambing sembelihan (slaughter). coz DUSUNAGRO sememangnya pakar dalam membawa masuk stock kambing/bebiri breeding hehheeeeheh. Shipment kami yang terbaru landed adalah pada Mac 2012 lepas dimana DUSUNAGRO membawa masuk sekitar 150 ekor bebiri dorper f4 black head, 50 ekor seanan Fulllood dan 10 ekor Fullblood Boer Buck. Semua stock tersebut adalah untuk tujuan breeding. Kemudian pada November 2011 kami jugak landed sekitar 600 ekor boer does jugak untuk tujuan breeding program. sehingga saat ini semua breeding program tersebut berjalan dengan lancarnya.. Alhamdullilah, walaupun berbagai "new protocol" telah diperkenalkan, kami masih mampu membuat shipment dengan begitu success. Terima kasih tidak terhingga buat DVS Putrajaya yang banyak membantu untuk setiap Kali shipment. Buat pengetahuan, menariknya shipment DUSUNAGRO, kami membawa semua pembeli yang mempunyai volume untuk bersama-sama membuat selection di Australia. Mereka secara langsung akan merasai pengalaman mencari kambing/bebiri dari satu farm ke satu farm. Apa yang lebih penting, mereka semua akan melihat sendiri bagaimana industri ternakan ini dijalankan secara komersial disana. Allhamdulliah sehingga hari ini, semua trip kami berjalan dengan lancar. Next nanti kalau berkesempatan saya akan upload pic terbaru sepanjang selection di sana. Selain daripada itu, InsyAllah DUSUNAGRO juga dalam rancangan untuk membuat satu lagi selection pada hujung July ini. Kepada yang berminat untuk join Oder, pls inbox..

Read more...

Footer

Penafian : Segala maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini adalah berdasarkan kepada pengumpulan maklumat dan pandangan kami. Oleh itu , pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa juga kehilangan ataupun kesan sampingan yang berlaku terhadap mana-mana individu ataupun organisasi lain kesan ke atas penggunaan maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini. Terima Kasih
Salam Hormat dari Dusun Agro


  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP