SELAMAT DATANG KE DUSUN AGRO

Pemakanan Kambing

>> Sabtu, 24 Januari 2009

1. Pengenalan

Pemakanan memainkan peranan terpenting di dalam pemeliharaan apa juga ternakan. Ianya baik dari segi mutu makanannya, jumlah pemberian makanannya, dan juga gejala gejala yang boleh mengakibatkan penyakit atau kemudaratan disebabkan pemberian makanan tersebut. Semuanya perlu diteliti. Mutu makanan yang kurang baik akan menjejaskan kadar pembesaran dan kesihatan ternakan. Pemberian makanan yang tidak cukup dan seimbang juga akan menjejas sumber zat nutrient yang diperlukan oleh ternakan. Perlu juga diketahui unsur bahan bahan untuk makanan tersebut, sama ada terdapat gejala yang boleh memudaratkan ternakan, seperti makanan yang mengandungi enzim atau bahan yang boleh menjejas pembesaran, bahan beracun atau tengik, sesuatu galian yang terlalu tinggi kandungannya dan lain-lain.

2. Zat Zat Nutrien Yang Di Perlukan

Ternakan, perlu hidup sihat, membesar, membiak dan beranak sekurang-kurangnya 3 kali setiap 2 tahun serta menghasilkan susu yang cukup, terutamanya untuk anak. Tetapi bagi ternakan pedaging atau di dalam operasi FIDLOT ia hanya memerlukan zat nutrient untuk hidup sihat dan membesar dengan cepat sahaja.

Jenis jenis zat nutrient yang diperlukan setiap hari oleh ternakan ini ialah :

· Protien – Untuk membina sel dan daging


· Tenaga – Untuk hidup bebas mencari / mengambil makanan dan diperlukan juga untuk pembinaan sel di dalam badan


· Galian – Kalsium dan Fosforus – untuk tulang dan gigi,

· Lain lain galian seperti garam – Selera makan dan cecair badan.

· Vitamin – Vitamin A – Dari rumput, makanan

· Vitamin D – Dari matahari, rumput dan makanan


· Vitamin E – Dari rumput, dan makanan


· Vitamin K – Dari rumput dan makanan

3. Air bersih perlu ada dalam takungan setiap masa untuk penghadaman dan untuk kandungan cecair badan bagi menstabil suhu badan. Air bersih juga perlu di sediakan dan diadakan setiap masa supaya mereka boleh mendapati air bersih apabila di perlukan, kerana mereka memakan makanan yang kering.

Semua zat zat nutrient ini perlu diberikan setiap hari kepada ternakan secukupnya. Ia boleh didapati di dalam makanan jika di rumus dengan teliti dan di edarkan kepada ternakan secukupnya. Untuk ternakan pedaging / fidlot, perlu di ingat, seberapa banyak makanan yang dimakan, makanan yang dimakannya tidak akan merugikan kerana ia akan ditukarkan menjadi daging.

Makanan yang sesuai di berikan kepada kambing pedaging ialah yang mengandungi 10.3 Mj / kg tenaga metabolisme atau 68 % tenaga TDN. Ia amat sesuai diberikan dedak isirong sawit, yang mengandungi paras tenaga sebanyak itu, dan dicampurkan pula dengan garam galian yang cukup. Gaulkan dedak isirong sawit seperti formula berikut :

Dedak isirong sawit - 97.5 %
Serbuk Trikalsium fosfat - 1.0 %
Garam kasar - 1.0 %
Kapur (Limestone) - 0.5 %

JUMLAH 100 %

Jumlah pemberian bagi seekor kambing adalah seperti berikut setiap hari :

Berat badan (Kg) Jumlah (g)

20 kg 400 g
30 kg 500 g
40 kg 650 g
50 kg 790 g
60 kg 900 g

Jika boleh di dapati, campuran makanan ini boleh diberikan bersama 30 – 50 g gula molas bagi setiap ekor, dicurahkan dan di gaul semasa memberi makanan tersebut.

LAIN LAIN BAHAN MAKANAN

Protien :

Hampas kacang soya
Mil kacang (Soya, Tanah, Hijau)
Mil ikan (Ikan baja), kepala bilis

Tenaga :

Hampas sagu rumbia
Dedak padi, beras hancur
Lebihan makanan (Nasi)
Kepala roti
Ubi kayu jemur

Galian :

Garam
Kulit kerang

Banyak lagi contoh contoh bahan yang boleh didapati diberbagai lokasi di Negara ini untuk digunakan sebagai makanan ternakan.


JADUAL KEPERLUAN NUTRIEN UNTUK KAMBING PEDAGING

Berat Badan TDN M.E Protien Kalsium Fosforus J. Makanan

kg) (g) (Mj) (g) (g) (g) (g)
20 267 4.00 38 1.0 0.7 0.40
30 362 5.30 51 2.0 1.4 0.54
40 446 6.75 63 2.0 1.4 0.67
50 530 8.00 75 3.0 2.1 0.79
60 608 9.20 86 3.0 2.1 0.91


3. KEPERLUAN SERAT

Ternakan ruminan memerlukan serat di dalam makanannya setiap hari untuk penghadaman yang lebih berkesan. Dedak isirong kelapa sawit ada mengandungi bahan serat, tetapi kandungannya kurang sedikit daripada yang diperlukan oleh kambing pedaging. Adalah lebih baik jika kambing ini diberikan sedikit rumput yang di cincang, pelepah sawit atau lain lain bahan serat yang boleh didapati, seperti batang jagung dan bahan sepertinya, di cincang kasar, di beri sebanyak antara 50 – 100 g sehari atau dua hari sekali. Ternakan akan menjadi lebih sihat dan penghadaman makanan akan lebih baik serta berkesan.

4. GARAM GALIAN JILAT

Jika perlu garam galian jilat boleh di berikan kepada kambing untuk menambahkan bahan galian yang penting. Campurannya ialah :

Trikalsium Fosfat - 40 % (10 kg)

Garam kasar - 40 % (10 kg)

Kapur (Limestone) - 20 % ( 5 kg)



Bahan bahan galian tersebut di campurkan, digaul rapi dan boleh di simpan lama. Apabila diperlukan ianya di masukkan ke dalam bekas takungan dan dibiarkan di jilat sesuka hati oleh ternakan tanpa had.

Read more...

Young Buck Snake & Fairfax Bloodline

>> Selasa, 20 Januari 2009

Kekawan penternak ingin kami war-warkan shipment Feb. 2009 sekali lagi kami akan membawa young buck snake & fairfax bloodline. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan sebelom terlambat, sebab limited ada tapi tak banyak,harga kita boleh cerita nak mintak less atau what ever.Seperti biasa harga di KLIA adalah bebeza dari harga di kandang Lenga dan Batu Pahat.

Pertanyaan atau tempahan sila hubungi Sukor 013 3883636 or e-mail us at
dusunagro@gmail.com
pbramunia7@gmail.com

Read more...
Boer Goat, importer,breeder, naturally breed,livestock

Footer

Penafian : Segala maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini adalah berdasarkan kepada pengumpulan maklumat dan pandangan kami. Oleh itu , pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa juga kehilangan ataupun kesan sampingan yang berlaku terhadap mana-mana individu ataupun organisasi lain kesan ke atas penggunaan maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini. Terima Kasih
Salam Hormat dari Dusun Agro


  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP