Assalamulaikum..?
Salam sejahtera buat rakan-rakan ternak yang sesama haluan. Serba ckit tentang diri saya, rupa paras spt di atas blogger lah, sekitar 30 an, berasal di daerah bandar maharani muar kawasan perkampungan lenga pagoh dan menetap di sungai buloh selangor. cukup leeerrr.......
Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan semua yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam ternakan kambing boer khususnya boerbest group dan jugak jutawantani network serta kandang agrotrus di ijok, I LOVE U ALL muuuuaahhhhhh.....yang sanggup melayan keranah aku selama ini. Semoga kite sesama maju jaya dan diberkatiNYA amin.
Secara ringkas, setelah sekian berkecimpung dan mengidam akhirnya sampi jugak aku ke tempat asal nya boer di australia. Bersama partner Azizan Omar di sini hampir 2 minggu lebih untuk selection kambing-kambing yang dijangakakan sampai sebelum christmas untuk kami muat kan di kandang pagoh dan juga batu pahat, selain untuk breeding sendiri jugak untuk tatapan rakan-rakan ternak lain.
Buat pengetahuan juga, hasil tinjuan Azizan - http://pbramunia.blogspot.com/ dan jugak bapaknya sedara Kavin Hobbs selama hampir 3 bulan di australia telah merapat kan hubungan niaga kami dengan banyak farmer yang besar dan jugak kecil sedia bekerjasama dengan kami untuk masa-masa akan datang. Secara keseluruhannya mereka disini adalah terlalu sporting dan senang untuk dibawa berbincang kalau kena cara nya.
Hasil nya kami ingin berkongsi bersama dengan penternak tempatan bagi tujuan untuk mendapatkan kualiti kambing boer yang terbaik dengan harga yang mampu milik oleh semua penternak.
Oleh itu untuk permulaan shipment kami sebelum christmas ni beberapa ekor buck daripada bloodline snake telah kami bawa masuk untuk tujuan breeding di kandang sendiri. Antaranya adalah sekor Big Buck anak snake from cheverdor, Golden Babarian (ET Breeding) berumur 2 tahun untuk kegunaan kandang sendiri jerrrr lah, dan 5 ekor young buck grandson snake dan juga fairfax berumur sekitar 4-6 bln untuk dijual beli kepada sesapa yang berminat.
Maklumlah pada kebiasaannya untuk mendapatkan baka-baka yang baik di Australia farmer di sini menggunakan teknologi ET breeding, manakala kite sebagai farmer di Malaysia pula belum ada kepakaran sejauh itu lagi selaku penternak kambing, jadi terpaksa lah kite buat naturaaly bred, dan pemilihan buck yang betol adalah satu percubaan dan usaha yang akan menentukan generasi anak-anak kambing kita yang akan datang dan seterusnya kite berserah kepada NYA yang ESA. Maklumlah bidang livestock ni banyak dugaannya.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan ker perbualaan ker apa-apa jer lah omong kosong tentang kambing booooooer boleh berhubung terus ditalian berbayor celcom saya sekitar KELANG VALLEY dan jugak MUAR...........
SUKOR MUSA 013-3883635
Manakala sekitar selatan boleh dihubungi ditalian partner BATU PAHAT
ditalian digi bersama mu
AZIZAN OMAR 016-7406141
Cukup sekadar permulaan heehehheeheheee wassalam......
Antara champion Snake Bloodline(tak jual tu bro...!) yg kuning tu pon champion gak, bab lain lah heehehe... Bersama laurrie cheverdor and Azizan my partner.
Kevin Hobbs selaku kunci utama kejayaan kami di Australia sedang mengayat Helen from yarabbi, kawan tumpang dengar jer...
Antara bloodline snake sekitar umor 2 tahun dan sekor paling depan tu kawan punya untuk breeding sendiri.. kalau nak tumpang boleh gak, call jer.....
Big buck Red Kalahari pon ada jugak, tapi x bawak ler coz tarak cukup ongkosny.
Nie pulak grandson snake registed 4-6 bulan, insyALLAH termasuk jugak dalam shipment december ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan