SELAMAT DATANG KE DUSUN AGRO

Salam Dari Australia

>> Sabtu, 7 Februari 2009



Salam..?


Sorry coz lama gak tak update blog coz bzy ckit preparation utk ke ostolia bagi selection febuary. Allhamdullila selamat gak saya sampi pada 1 febuary di sini disambut brader zizan yg lama udah menunggu.


Pendekkan citer nya selection kami berjalan dgn lancar spt yg dirancang kan. Terima kasih kepada member2 yg sentiasa memberi sokongan utk memenuhkan crate kami, InsyAllah yg terbaik akan cuba kami lakukan, Yer lah kalau tidak takkan lah sampi kesini dua2 kan.


Untuk shipment end of febuary ini kira2 hampir 500 ekor lebih kami cuba load kan di KLIA. Jadi nya macam2 spec yg kami bawa mengikut selera kastemer. Seanan doe fullblood and buck registed ada, nak yg champion buck pun ada, bunting , yg dara x pelik lah mmg selera kwn pun, yg berumur pun ada, young doe and young buck pon ada.. yg pelik tu ada gak kestemer nak grandmother doe heeheeehe pulak, tapi bkn sebarang grandmother doe tau, ada isi sekali dlm perutnya dan isi nya tu lah yg mahal lorrr pun kiter bawak jugak.


Tak percaya nnti jemput datang tgok ler... cuci2 mata or shopping sekali pon ok gak, coz mmg ada stock lebih kiter bawak. Kite open kat rakan2 ternak jemput ler dtg ke kandang yg kite sewa sementara utk transit sehari dua loading. Tempat dan tarikh akan diberitahu kemudian, sesiapa yg berminat utk dtg sila2 kan mengemail kepada saya.


Jadi x mahu citer panjan2 ada ler beberapa pic yg sempat kite amik utk buat tatapan rakan2 ternak lain.........wassalammm.




Seronok ler tu zizan & kevin tgok kwn dtg heehheehee







Nie.. kwn boring ni asik main anak kambing jer klu gi farm tu......






Semua tu Fullblood Doe utk breeding diorg mmg besor2 coz udah berumur ckit lerrr tapi cun2 harap2 mcm tu ler 2 thn lagi kat pagoh nanti wachaaaa




Antara young doe siap sedia utk selection.. Mmg selera kawan pon, lain ckit doe ni, rege pun lain ckit lerrr




Fullblood doe berumor masuk 3 tahu, tapi tgok mcm stadey jer lagi





NIe team champion big buck, klu yg lps kami bawa snake, kali ni tgh selection nak bawak sapa lah pulah..




Susah sgt nak select kitorg amik jer tiga2, snake, billion, gulie haahahaa jemput nnti dtg cuci2 mata. kena rega jadikkk




Big buck red kalahari....!




Nie baru red kalahari young buck lorrrrr heheeheee yg atas tu lombu..



Sempat gak kami menghendap farel dalam hutan tu....

Read more...

Salam Dari Australia

>> Sabtu, 31 Januari 2009



Salam telah lebih seminggu partner saya saudara AZIZAN berada di Australia untuk meninjau-ninjau farm-farm yang berada di Queensland Australia. Beliau telah menhantar gambar gamabar kambing yang di ambil disana melalui email kepada saya.

Paparan diatas adalah diantara gambar-gambar kambing yang dapat saya muatan di Pica Web Album sebagai tatapan kekawan penternak sekelian .....yang lain tunggu sehingga saya berada di Australia kelak

Read more...

Persediaan Asas Memulakan Penternakan kambing

>> Isnin, 26 Januari 2009

Salam kekawan penternak

Saya kategorikan penternak kambing kepada 2, iaitu:
1. Penternak sambilan
2. Penternak komersil

Penternak Sambilan
Sekiranyaanda hanya bercadang untuk membela antara 20-30 ekor kambing sahaja,anda dikira penternak sambilan. Penternakan sambilan hanya berbaloi('viable') sekiranya anda tinggal di kampung dan mempunyai tanah sendiri untuk binaan kandang, yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Anda juga harus memastikan yang anda boleh mendapatkan sumber makanan kambing di persekitaran kandang anda dengan percuma dan mampu menguruskan dengan sendiri atau bantuan saudara/kawan-kawan tanpa perlu membayar upah yang tetap (iaitu tiada sebarang komitmen 'overhead').Kewujudan padang ragut di persekitaran kandang anda akan dapat membantu menjimatkan masa dan tenaga anda mendapatkan bekalan makanan (rumput,daun-daun dll). Di samping itu, ternakan anda dapat memakan pelbagaijenis tumbuhan yang berlainan.

Terdapat banyak sumber makanan kambing di kampung yang sememangnya tumbuh secara semulajadi atau meliar seperti rumput ragut, pokok petai belalang dan pokok balik angin. Sekiranya anda tinggal di kawasan ladang sawit, maka anda bertuah kerana daun sawit sangat disukai oleh kambing dan mempunyai banyak khasiat yang tinggi.







Pokok petai belalang yang biasa tumbuh secara liar mempunyai khasiat tinggi dan menjadi makanan kegemaran kambing




Pokok balik angin juga biasanya tumbuh meliar, daunnya juga berkhasiat dan digemari oleh kambing

Bagi penternak sambilan, adalah dinasihatkan supaya membela baka kambingyang bermutu tinggi seperti Boer gred F4 ke atas dan menggunakan pejantan tulen (Fullblood). Baka berkualiti tinggi dapat memberi hasil pulangan yang baik kerana anak-anak dapat dijual dengan harga yang tinggi. Sebagai contoh, anak kambing Boer tulen berusia 3-4 bulan dapat dijual denganharga antara RM500 - RM600 seekor, manakala anak kacukan bergred rendah mungkin hanya bernlai sekitar RM200 seekor. Sekiranya anda tidak mempunyai kuantiti, and harus mempunyai kualiti, barulah projek penternakan anda menjadi berbaloi.


Penternak komersil

Sekiranyaanda bercadang untuk memulakan penternakan kambing secara komersil,anda semestinya memerlukan tanah yang luas. Ingat! Projek penternakan kambing anda akan hanya 'viable' sekiranya anda berjaya mengurangkankos pemakanan. Rumput merupakan makanan utama kambing, dan anda harus mempunyai sumber rumput Napier di kawasan berdekatan yang mencukupi.Ingat!!!! Kurangkan kebergantungan kepada palet sebagai sumber makanan kambing anda kerana kosnya yang tinggi, dan harganya pula semakin hari semakin melambung.

Langkah terawal yang perlu dilakukan, sebelum membina kandang dan membeli baka kambing, adalah menanam rumput Napier Taiwan. Sekiranya tanah sesuai, dengan baja dan tahap kelembapan secukupnya, benih yang baru ditanam akan mengambil masa antara 2-3 bulan untuk tumbuh dan membesar secukupnya sebelum boleh dipotong. Pembajaan dan pengairan adalah sangat mustahak bagi membolehkan rumput tumbuh dengan subur dan membesar dengan pantas. Selain itu, anda perlu memastikan padang ragut ditumbuhi pelbagai jenis rumputdan tumbuhan yang sesuai seperti rumput 'guinea', dsb.

Rumput Napier Taiwan yang benihnya dijual dengan harga RM 300- 350 setan



Cara menanam benih rumput Napier


Benih rumput Napier Taiwan diambil dari batang rumput yang telah matang,berusia melebihi 4 bulan di mana batangnya sudah keras. Batang ini dipotong sepanjang kira-kira 6 inci setiap satu, dan direndam di dalamair sehingga akarnya mula tumbuh. Setelah itu batang yang telah berakartadi ditanam secara mendatar di dalam tanah. Pastikan tanah sentiasa lembab di awal proses pertumbuhan, dan dibajakan secukupnya.



Teknik menanam benih rumput Napier Taiwan

AWAS!!!Terdapat pelbagai spesis rumput Napier di negara kita yang kelihatan hampir serupa. Sebahagiannya tumbuh secara liar di tepi sungai dan ditepi jalanan. Spesis Napier Taiwan merupakan yang terbaik bagi ternakan ruminan kerana kandungan protin yang tinggi. Di samping itu batangnya lembut dan tidak berbulu/bersisik, memudahkan kambing memakannya tanpa mengakibatkan penyakit mulut seperti puru.

Selamat menternak kambing

Read more...

Pemakanan Kambing

>> Sabtu, 24 Januari 2009

1. Pengenalan

Pemakanan memainkan peranan terpenting di dalam pemeliharaan apa juga ternakan. Ianya baik dari segi mutu makanannya, jumlah pemberian makanannya, dan juga gejala gejala yang boleh mengakibatkan penyakit atau kemudaratan disebabkan pemberian makanan tersebut. Semuanya perlu diteliti. Mutu makanan yang kurang baik akan menjejaskan kadar pembesaran dan kesihatan ternakan. Pemberian makanan yang tidak cukup dan seimbang juga akan menjejas sumber zat nutrient yang diperlukan oleh ternakan. Perlu juga diketahui unsur bahan bahan untuk makanan tersebut, sama ada terdapat gejala yang boleh memudaratkan ternakan, seperti makanan yang mengandungi enzim atau bahan yang boleh menjejas pembesaran, bahan beracun atau tengik, sesuatu galian yang terlalu tinggi kandungannya dan lain-lain.

2. Zat Zat Nutrien Yang Di Perlukan

Ternakan, perlu hidup sihat, membesar, membiak dan beranak sekurang-kurangnya 3 kali setiap 2 tahun serta menghasilkan susu yang cukup, terutamanya untuk anak. Tetapi bagi ternakan pedaging atau di dalam operasi FIDLOT ia hanya memerlukan zat nutrient untuk hidup sihat dan membesar dengan cepat sahaja.

Jenis jenis zat nutrient yang diperlukan setiap hari oleh ternakan ini ialah :

· Protien – Untuk membina sel dan daging


· Tenaga – Untuk hidup bebas mencari / mengambil makanan dan diperlukan juga untuk pembinaan sel di dalam badan


· Galian – Kalsium dan Fosforus – untuk tulang dan gigi,

· Lain lain galian seperti garam – Selera makan dan cecair badan.

· Vitamin – Vitamin A – Dari rumput, makanan

· Vitamin D – Dari matahari, rumput dan makanan


· Vitamin E – Dari rumput, dan makanan


· Vitamin K – Dari rumput dan makanan

3. Air bersih perlu ada dalam takungan setiap masa untuk penghadaman dan untuk kandungan cecair badan bagi menstabil suhu badan. Air bersih juga perlu di sediakan dan diadakan setiap masa supaya mereka boleh mendapati air bersih apabila di perlukan, kerana mereka memakan makanan yang kering.

Semua zat zat nutrient ini perlu diberikan setiap hari kepada ternakan secukupnya. Ia boleh didapati di dalam makanan jika di rumus dengan teliti dan di edarkan kepada ternakan secukupnya. Untuk ternakan pedaging / fidlot, perlu di ingat, seberapa banyak makanan yang dimakan, makanan yang dimakannya tidak akan merugikan kerana ia akan ditukarkan menjadi daging.

Makanan yang sesuai di berikan kepada kambing pedaging ialah yang mengandungi 10.3 Mj / kg tenaga metabolisme atau 68 % tenaga TDN. Ia amat sesuai diberikan dedak isirong sawit, yang mengandungi paras tenaga sebanyak itu, dan dicampurkan pula dengan garam galian yang cukup. Gaulkan dedak isirong sawit seperti formula berikut :

Dedak isirong sawit - 97.5 %
Serbuk Trikalsium fosfat - 1.0 %
Garam kasar - 1.0 %
Kapur (Limestone) - 0.5 %

JUMLAH 100 %

Jumlah pemberian bagi seekor kambing adalah seperti berikut setiap hari :

Berat badan (Kg) Jumlah (g)

20 kg 400 g
30 kg 500 g
40 kg 650 g
50 kg 790 g
60 kg 900 g

Jika boleh di dapati, campuran makanan ini boleh diberikan bersama 30 – 50 g gula molas bagi setiap ekor, dicurahkan dan di gaul semasa memberi makanan tersebut.

LAIN LAIN BAHAN MAKANAN

Protien :

Hampas kacang soya
Mil kacang (Soya, Tanah, Hijau)
Mil ikan (Ikan baja), kepala bilis

Tenaga :

Hampas sagu rumbia
Dedak padi, beras hancur
Lebihan makanan (Nasi)
Kepala roti
Ubi kayu jemur

Galian :

Garam
Kulit kerang

Banyak lagi contoh contoh bahan yang boleh didapati diberbagai lokasi di Negara ini untuk digunakan sebagai makanan ternakan.


JADUAL KEPERLUAN NUTRIEN UNTUK KAMBING PEDAGING

Berat Badan TDN M.E Protien Kalsium Fosforus J. Makanan

kg) (g) (Mj) (g) (g) (g) (g)
20 267 4.00 38 1.0 0.7 0.40
30 362 5.30 51 2.0 1.4 0.54
40 446 6.75 63 2.0 1.4 0.67
50 530 8.00 75 3.0 2.1 0.79
60 608 9.20 86 3.0 2.1 0.91


3. KEPERLUAN SERAT

Ternakan ruminan memerlukan serat di dalam makanannya setiap hari untuk penghadaman yang lebih berkesan. Dedak isirong kelapa sawit ada mengandungi bahan serat, tetapi kandungannya kurang sedikit daripada yang diperlukan oleh kambing pedaging. Adalah lebih baik jika kambing ini diberikan sedikit rumput yang di cincang, pelepah sawit atau lain lain bahan serat yang boleh didapati, seperti batang jagung dan bahan sepertinya, di cincang kasar, di beri sebanyak antara 50 – 100 g sehari atau dua hari sekali. Ternakan akan menjadi lebih sihat dan penghadaman makanan akan lebih baik serta berkesan.

4. GARAM GALIAN JILAT

Jika perlu garam galian jilat boleh di berikan kepada kambing untuk menambahkan bahan galian yang penting. Campurannya ialah :

Trikalsium Fosfat - 40 % (10 kg)

Garam kasar - 40 % (10 kg)

Kapur (Limestone) - 20 % ( 5 kg)



Bahan bahan galian tersebut di campurkan, digaul rapi dan boleh di simpan lama. Apabila diperlukan ianya di masukkan ke dalam bekas takungan dan dibiarkan di jilat sesuka hati oleh ternakan tanpa had.

Read more...

Young Buck Snake & Fairfax Bloodline

>> Selasa, 20 Januari 2009

Kekawan penternak ingin kami war-warkan shipment Feb. 2009 sekali lagi kami akan membawa young buck snake & fairfax bloodline. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan sebelom terlambat, sebab limited ada tapi tak banyak,harga kita boleh cerita nak mintak less atau what ever.Seperti biasa harga di KLIA adalah bebeza dari harga di kandang Lenga dan Batu Pahat.

Pertanyaan atau tempahan sila hubungi Sukor 013 3883636 or e-mail us at
dusunagro@gmail.com
pbramunia7@gmail.com

Read more...

STATUS KAMBING YANG DIKASI/DIKEMBIRI

>> Sabtu, 17 Januari 2009

Memandangkan seringkali isu kambing dikasi/dikembiri untuk tujuan ibadah AQIQAH dan KORBAN sering menjadi isu dan pertanyaan tentang statusnya ... maka saya ingin paparkan surat pengesahan dari MUFTI NEGERI JOHOR sepertimana paparan dibawah untuk tatapan penternak dan pengguna sekalian ... Dengan ini juga pengguna mempunyai lebih banyak pilihan sama ada memilih kambing atau biri-biri bagi tujuan ibadah Aqiqah dan juga Korban ... diharap anda juga dapat beribadah disamping mendapat pilihan daging kambing yang lebih baik, barulah para jemputan berselara makan daaaaa




Read more...

>> Khamis, 15 Januari 2009

Salam semua...?
InsyAllah next week 18hb january ni sekali lagi partner saya sdr. AZIZAN http://pbramunia.blogspot.com/ akan berada di Queensland Australia, untuk tujuan memilih baka-baka terbaik Kambing Boer, Kalahari dan Saanen untuk di bawa pulang ke Malaysia yg dijangka untuk Shipment akhir Feb 2009. Manakala saya akan menyusul pada awal Febuary bagi memastikan beliau bekerja di sana bukan mengular mkn angin heheeheehee releks bro lawak jer... HIDUP BRO

So pada sesiapa yang berminat boleh lah membuat tempahan bermula dari hari ini, dan seterus nya jangan ketinggalan.Harga kambing-kambing tersebut boleh dibawa berbincang coz kitorg memang senang citer. Anyway the more numbers ordered the more cost effective it becomes. And CIF KLIA price is more less then EX KLIA

Read more...

Kambing Untuk Di Jual Feb. 2009

>> Jumaat, 9 Januari 2009




HARGA KAMBING 2009 - HARGA BOLEH DI RUNDING

PeJantan Boer Registered FullBlood RM 2,500 – RM 2,700

PeJantan UnRegistered FullBlood RM 1,800

Induk Betina Registered FullBlood RM 1,950

Induk Betina Purebreed (F5/F6) RM 1,030 – RM 1,050


Induk Betina F3/F4 - RM 900


Induk Betina F1/F2 RM 730 – RM 750

Wether Boer RM 450 - RM 460

Feral RM 440- RM 460

Biri-biri RM 460 - RM 480

PeJantan Red Kalahari Registered RM 2,800 – RM 3,000

Fullblood Does Red Kalahari Reg RM 2,100 – RM 2,200

Saanen FB Buck Reg RM 2,800 - RM 3,0000

Saanen FB Doe Reg RM 2,500- RM 2,700



Read more...

Kandang Transit

>> Rabu, 7 Januari 2009














Dusun Agro mengucapkan terima Kasih kepada Abang Rahim kerana sudi memberikan kerja sama untuk memberikan ruang kepada Dusun Agro untuk meletakan kambing kami di kandangnya bagi tujuan sebagai show room dan transit.
DNR Agro-biz (http://dnr-agrobiz.blogspot.com/) adalah milik Abang Rahim .
Kandang tersebut terletak di Lot 1530, Kg. Teluk Kemunting, Bachok, Kelantan. Fram Manager yang menguruskan Ladang tersebut adalah adik beliau ia itu Encik Shamsudian.
So bagi penternak-penternak kambing di kawasan Pantai Timor yang berminat untuk membeli kambing Boer, Saanen dan juga Kalahari bolehlah melihat contoh contoh kambing yang di import khas dari Queensland Australia di Kandang tersebut atau berhubung terus dengan Encik Samsuddin di talian 013-9728608 atau Sukor 013-3883635. Tempahan baka-baka kambing dari Australia boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja.

Read more...

Ketibaan Kambing Boer & Kalahari

>> Selasa, 30 Disember 2008






















Salam...?
Lama x update blog, maklumlah ada bzy ckit coz kambing2 yg dijadualkan tiba pada 24 DEC telah selamat sampi pada tarikh yg dijadualkan, cuma dari segi masa ada sedikit kelewatan dari pihak mas kargo heehehehee. Firstly jutaan terima kasih kepada semua pembeli En Rahim, En Norizan, Pokcik Gemenceh,Brother Langat,Sham Melaka, En Mat Nor Kalahari dan sesapa saje yg kami terlupa yg terlibat secara langsung or tak langsung I LUV U ALLLL
Allhamdullilah nampak nya shipment kali ni semua pembeli berpuas hati dgn spac-spac kambing yg telah kami select sendiri dari ostolia. Kepada yg oder last minutes maaf kan kitorg leer coz try gak adjust but crate yg dua-dua tu udah over load. InsyAllah utk next shipment FEB 2009 kitorg akan select kan lagi by oder, apa lagi call ler for oder heehehehee lawak jer..
Cerita ckit pasal shipment ari tu, semua kambing yg sampai ditemani tuannya sendiri Laurrie and Rosmery, happy jer tgok diorg coz kambing2 yg sampi pun dlm keadaan yg memuaskan. Semua kambing tersebut kami loadkan ke dalam 3 buah lori dan terus kami hidangkan dgn rumput di atas lori jugak bagi memastikan keadaan kambing supaya stabil, maklumlah nak travel lagi lps tu.
Sebuah lori special kite hantar ke Kota Baharu di kandang DNR Agro-Biz kepunyaan En Rahim di Lot 1530 Kg Teluk Kemunting Bachok. Oleh demikian utk org pantai timur jemput datang melawat ke kandang tersebut sebagai transit kite disana disana.....
Manakala 2 lori lagi kite hantar ke Seremban dan jugak Melaka. Allhamdullilah slps dua ari loading kami cuba dapat kan feedback dari semua rakan ternak, semua kambing masih berada dalam keadaan stabil dan kami doa kan semoga semua kambing tersebut cepat-cepat lah bunting dan beranak banyak-banyak.
Selebih nya kami simpan dikandang kami DUSUNAGRO di Pagoh dan jugak PBRAMUNIA batu pahat. Yg comel molek semua abis di pilih, customer always right nak wat mcm ner heheheee. Yang tinggal di kandang pagoh utk tatapan seekor big buck snake golden babarian 2 thn mmg tak jual utk buat breeding, klu ada yg minat kena hargenya kwn jual jugak hahahaaa. sekor young buck 6-7 bln grandsoon snake utk pandang2 dan 1 Fullblood does dan juga 7 ekor f5/f6 utk breeding sendiri dan tatapan rakan-rakan ternak yg datang melawat. Manakala di kandang batu pahat kami utk tatapan sekor young buck red kalahari, sekor grandsoon fair fax and snake, sekor Fullblood dan f5/f6 does. Jemput sekalian rakan ternak melawat kandang kami yg tak seberapa. Selebihnya Allhamdullilah telah terjual dan jutaan terima kasih sekali lagi dari kami DUSUNAGRO & PBRAMUNIA kepada semua pembeli.
Untuk makluman, semua gambar-gambar tersebut adalah ehsan daripada En Rahim Kota Baharu, Klu x ada beliau tak sempat ler kitorg nak pegang hand phone amik gambor.
Thankssss Bro

Read more...
Boer Goat, importer,breeder, naturally breed,livestock

Footer

Penafian : Segala maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini adalah berdasarkan kepada pengumpulan maklumat dan pandangan kami. Oleh itu , pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa juga kehilangan ataupun kesan sampingan yang berlaku terhadap mana-mana individu ataupun organisasi lain kesan ke atas penggunaan maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini. Terima Kasih
Salam Hormat dari Dusun Agro


  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP